Testimonials
ComsysScan Group Of Company
Hasil dari ujian dapat menilai kekuatan dan kelemahan bagi setiap soalan/ topic bagi membolehkan proses pengukuhan dijalankan selepas ujian.
Mesin OMR ini sangatlah perlu dan meringankan tugas guru untuk menanda markah pelajar dan patut diperluaskan di seluruh sekolah-sekolah di Negara ini.
Alat ini amat berguna kepada guru dan menyenangkan tugas-tugas pemeriksaan jawapan murid. Perlu diperluaskan ke seluruh Negara.
Mesin ini dapat meringankan beban guru untuk menanda soalan dan membantu guru untuk mempercepatkan kiraan markah. Elok diperluaskan penggunaannya.
Penggunaan mesin OMR telah banyak mengurangkan beban guru matapelajaran.Membolehkan guru menumpukan masa kepada pengajaran dan pembelajaran.
Mesin OMR ini boleh mengesan kualiti soalan dan masalah murid memahami soalan tersebut, seterusnya dapat membantu guru meningkatkan pengajaran. Selama 2 tahun saya menggunakan mesin OMR, saya rasa banyak membantu pengurusan hal-hal peperiksaan.
1. Segala Kesilapan dalam pengiraan markah dapat dielakkan.
2. Analisis keputusan dapat dibuat dengan serta merta.
3. Guru dapat mengesan soalan-soalan yang susah dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya seperti membuat kerja pemulihan.
Boleh menambahkan analisis tahap kesukaran dan analisis masalah pembelajaran murid selepas mengambil ujian anika pilihan. Analisis tersebut amat penting untuk penilaian keberkesanan P&P & berubah baik kemudian. Terima kasih.
1. Penggunaannya memang sangat membantu guru dari aspek masa dan ketepatan analisis.
2. Sangat sesuai jika penggunaannya diperluaskan ke sekolah-sekolah lain.
3. Dicadangan supaya kurangkan kos kertas objektif supaya boleh digunakan untuk latih tubi semasa P&P (Analisis dibuat bukan setakat exam sahaja tetapi juga untuk latihan biasa).